SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET
2.0 PERKAKASAN DAN PERISIAN
2.1 Komponen Rangkaian
Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :
2.1.1 Kabel rangkaian
2.1.2 Kad antaramuka rangkaian (NIC)
2.1.3 Hab
2.1.4 Suis (Switch)
2.1.5 Modem
2.1.6 Penghala (Router)
2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)
Contoh Perkakasan Komputer
2.1.1 Kabel Rangkaian dan RJ45
Rajah 2.1.1: Kabel RJ45
• Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke
peranti dan sambungan ke rangkaian internet.
• Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti
yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.
2.1.2 Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)
Rajah 2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian
komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.
• Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses
rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel
rangkaian.
• Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.
• Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi
bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.
2.1.3 Hab
Rajah 2.1.3: Hab
• Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputerdan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).
• Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian,
data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam
rangkaian boleh menerima data berkenaan.
• Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel
dalam sesebuah rangkaian.
2.1.4 Suis (Switch)
Rajah 2.1.4: Suis
• Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat iniseakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang
telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut
dengan tepat.
• Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa
penghantaran data kepada destinasinya.
2.1.5 Modem
Rajah 2.1.5: Modem
• Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon ataukabel.
• Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke
isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke
Internet.
2.1.6 Penghala (Router)
Rajah 2.1.6 : Penghala