Monday 13 October 2014



SISTEM RANGKAIAN DAN DUNIA INTERNET

2.0 PERKAKASAN DAN PERISIAN
2.1 Komponen Rangkaian

Perkakasan rangkaian komputer terdiri daripada :

2.1.1 Kabel rangkaian

2.1.2 Kad antaramuka rangkaian (NIC)

2.1.3 Hab

2.1.4 Suis (Switch)

2.1.5 Modem

2.1.6 Penghala (Router)

2.1.7 Titik pusat tanpa wayar (Wireless Access point)

Contoh Perkakasan Komputer

2.1.1 Kabel Rangkaian dan RJ45


Rajah 2.1.1: Kabel RJ45

• Digunakan untuk menghubungkan komputer ke peranti dan peranti ke

peranti dan sambungan ke rangkaian internet.

• Adalah perkakasan yang digunakan untuk menghubungkan komputer dan peranti

yang terdapat dalam rangkaian secara berwayar.

2.1.2 Kad Antaramuka Rangkaian (Network Interface Card, NIC)



Rajah 2.1. 2: Kad Antaramuka Rangkaian


• Kad antaramuka rangkaian merupakan satu peranti yang digunakan oleh

komputer untuk berkomunikasi di dalam rangkaian.

• Peranti komunikasi yang membolehkan sesebuah komputer mengakses

rangkaian dengan menyediakan port rangkaian untuk sambungan ke kabel

rangkaian.

• Membolehkan komputer berhubung sesama sendiri.

• Kad antaramuka untuk komputer meja dan komputer riba berbeza dari segi

bentuk dan rupa tetapi fungsinya adalah sama.

2.1.3 Hab

Rajah 2.1.3: Hab
• Peranti komunikasi ini berfungsi untuk menyambungkan beberapa komputer

dan peranti di dalam satu rangkaian kawasan setempat (LAN).

• Hab mempunyai port rangkaian. Apabila data tiba di suatu port rangkaian,

data akan disalin ke port rangkaian yang lain supaya semua peranti dalam

rangkaian boleh menerima data berkenaan.

• Hab adalah sebuah peranti yang berfungsi sebagai titik pusat bagi kabel - kabel

dalam sesebuah rangkaian.


2.1.4 Suis (Switch)
Rajah 2.1.4: Suis
• Peranti komunikasi ini mempunyai fungsi yang sama dengan hab. Alat ini

seakan sama dengan hab tetapi ia lebih berupaya menyemak data yang

telah diterima, menetukan alat penerima dan menghantar data tersebut

dengan tepat.

• Suis merupakan perkakasan rangkaian yang akan memilih laluan semasa

penghantaran data kepada destinasinya.

2.1.5 Modem
Rajah 2.1.5: Modem
• Alat ini membolehkan komputer menghantar data melalui talian telefon atau

kabel.

• Merupakan peranti yang menukar isyarat komputer berbentuk digital ke

isyarat bentuk analog dan sebaliknya untuk mendapat sambungan ke

Internet.

2.1.6 Penghala (Router)



Rajah 2.1.6 : Penghala

No comments:

Post a Comment